Monday, June 1, 2009

DAPATKAH MANUSIA MEMBANGUN JALAN KE SYURGA?


Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi masa kini amat mengagumkan. Banyak hal yang luar biasa dapat dikerjakan oleh manusia. Keberhasilan manusia dalam dunia iptek menjadikan dunia kehidupan manusia lebih menyenangkan. Namun, ada juga permasalahan yang timbul dari kemajuan itu sendiri. Hal ini menyatakan bahawa hasil karya amanusia masih belum sempurna; masih mengandungi kelemahan.

Manusia telah berhasil membangun jalan dan jambatan penghubung jalan raya yang panjang dan rata, pada waktu yang singkat dapat dibangunkan!

Namun, dapatkah manusia membangun jalan ke syurga?

Alkitab menyatakan bahawa syurga adalah suatu tempat - tempat kediaman Allah; bukan suatu keadaan. Syurga adalah tempat yang sifatnya berbeza dengan dunia kita. Kalau dunia kita dapat dilihat dan diukur dalam tiga dimensi, maka syurga, belum seorang manusia pun dapat mengukur keberadaannya.

Alkitab menyatakan bahawa manusia tidak dapat membangun jalan atau jambatan ke syurga. Beberapa alasannya:

1). Manusia tidak mengetahui di mana syurga berada.

2). Manusia tidak dapat masuk ke syurga dengan usahanya sendiri. Segala amal, kebaikan, perbuatan sosial kita - sekalipun baik - tidak dapat menjadi "karcis masuk" ke dalam syurga.

Alkitab menyatakan bahawa Yesus Kristus - Isa Almasih - datang(berasal) dari syurga. Sebab itu Dialah satu-satunya pribadi yang dapat memberitahukan kita di mana syurga berada. Sebagai pemilik syurga, Dialah satu-satunya yang dapat memberi izin kepada kita untuk masuk ke syurga.

Dalam Injil Yohanes 14:6, "Akulah(Isa Almasih) Jalan dan Kebenaran dan Kehidupan. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa(Allah), kalau tidak melalui Aku."

Percayalah kepada Tuhan Yesus sebagai Jalan yang benar, maka saudara akan diterima masuk ke syurga!

Berdoalah demikian dengan sepenuh hati:

Tuhan Yesus, saya mengaku bahawa saya seorang yang berdosa dan membutuhkan pengampunan. Saya percaya bahawa Kristus mati untuk dosa-dosa saya. Saya ingin berbalik dari dosa. Sekarang saya mengundang Yesus Kristus untuk masuk ke dalam hati dan kehidupan saya sebagai Juruselamat pribadi saya. Saya ingin, oleh anugerah Allah untuk mengikuti dan taat kepada Kristus sebagai Tuhan dari kehidupan saya.

No comments: