Monday, May 25, 2009

BERJUMAAT PADA HARI SABAT

"Segala imamnya pun menggagahi TauratKu dan menajiskan segala bendaKu yang suci, tiada dibeda-bedakannya antara haram dan halal, dan tiada diketahuinya bedanya antara yang najis dengan yang tahir, tambahan pula dikatupkannya matanya akan segala SabatKu dan Akupun dihinanya di tengah-tengah mereka itu." (Jehezkiel 22:26).

"Sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar peraturan di antara kamu pada hari Sabtu, berkata kami kepada mereka itu, jadi keralah kamu yang sehina-hinanya." (Quran, Surah Albukarah 2:65).

"Setelah Isa(Jesus Christ) bangkit pagi-pagi pada hari yang pertama(Ahad) dalam minggu itu, maka mula-mula kelihatanlah Ia kepada Mariam Magdelina, yang daripadanya telah dibuangNya 7 setan."(Injil, Markus 16:9).

"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru(dipanggil) sembahyang pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu bersegera kepada mengingat Allah(sembahyang Jumaat) dan tangguhkanlah berjual beli(perniagaan). Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." (Quran, Surah al-Jumaah 62:9).

*Perkataan Jumaat(Djumaat) menjadi alasan. Bahasa Arab, Jumaat = bahasa Indonesia, bermaksud "kumpul".

(Yang meletakkan hari Jumaat(Hari Berkumpul) pada hari ke-6 itu, bukannya Quran dan bukan pula Muhammad, melainkan si pembuat alamak. Selidik:

  • Ahad ~ dari perkataan wahid, ertinya 1
  • Isnin ~ dari perkataan Isnain, ertinya 2
  • Selasa ~ dari perkataan Salasa, ertinya 3
  • Rabu ~ dari perkataan Arba'a, ertinya 4
  • Khamis ~ dari perkataan Chomsah, ertinya 5
  • Jumaat ~ >>>>>>>>>>>>>, ertinya kumpul
  • Sabtu ~ dari perkataan Sab'ah, ertinya 7

Alamak yang sebenarnya begini:

  • Ahad ~ dari perkataan wahid, ertinya 1
  • Isnin ~ dari perkataan isnain, ertinya 2
  • Selasa ~ dari perkataan salasa, ertinya 3
  • Rabu ~ dari perkataan arba'a, ertinya 4
  • Khamis ~ dari perkataan chomsah, ertinya 5
  • Sittah ~ dari perkataan sittah, ertinya 6
  • Sabtu ~ dari perkataa sab'ah(Jumaat), ertinya 7(kumpul).

***(Teladan dari Isa(Jesus Christ) sendiri, bahawa berkumpul(berjumaat) itu ialah pada hari Sabat).

"Maka berjalanlah mereka itu masuk ke negeri Kapermaum, lalu pada hari Sabat masuklah Isa(Jesus Christ) ke dalam rumah sembahyang serta mengajar orang." (Markus 1:21).

"Maka pergilah Isa(Jesus Christ) dari sana lalu sampai ke negeri sendiri, maka murid-muridNya mengikut Dia. Maka pada hari Sabat mulailah Ia mengajar di dalam rumah sembahyang." (Markus 6:2)

"Maka tibalah Ia di Nazaret tempat Ia dididik, maka pada hari Sabat masuklah Ia ke rumah sembahyang seperti biasaNya lalu berdiri hendak membacakan."(Lukas 4:16).

***(Teladan dari Paulus, yakni sesudah kebangkitan Isa(Jesus Christ).

"Maka Paulus dengan orang yang besertanya itupun belajarlah dari Pafos sampai ke Perga di Tanah Pampika, maka Yahya pun bercerailah/berpisah daripada mereka itu lalu kembali ke Jerusalem. Tetapi mereka itu belajar dari Perga sehingga sampai ke Antiochia di tanah Pisidia, maka masuklah mereka itu ke dalam rumah sembahyang pada hari Sabat lalu duduk." (Kisah Rasul 13:13, 14).

No comments: