"Semua yang baharu, sifatnya mesti berubah-ubah, cuma Allah sendirilah yang tidak berubah-ubah."
Yang dikatakan baharu itu ialah semua yang dijadikan Allah; umpamanya: manusia, benda-benda, dan sebagainya.
"Selidikilah olehmu akan alkitab Tuhan serta bacalah bahawa daripada sekalian ini satupun tiada akan hilang, baik ini, baik itu satupun tiada akan kurang, karena mulutnya sendiri juga yang sudah berfirman dan Rohnya pun akan mengumpulkan Dia." (Wasiat Lama, Yesaya 34:16).
"Adapun tiap-tiap kitab yang diwahyukan Allah berfaedah bagi pengajaran, bagi hal menyatakan yang salah, bagi hal memperbaiki yang rosak dan bagi hal mengajarkan jalan yang benar; supaya hamba Allah itu sempurna, terlengkap bagi segala perbuatan yang baik." (Injil - Perjanjian Baru, 2 Timotius 3:16, 17).
"Maka bencilah aku akan julas hati dan jemulah aku akan dia, tetapi kasihlah aku akan tauratMu. Maka 7 kali dalam sehari memujilah aku akan Dikau, kerana sebab segala hukum kebenaranMu itu. Bahawa selamat besar adalah pada segala orang yang suka akan tauratMu." (Zabur/Mazmur 119:163-165).
"Janganlah kamu sangkakan Aku datang hendak merombak hukum Taurat atau kitab nabi-nabi, bukannya Aku datang hendak merombak, melainkan hendak menggenapkan. Kerana sesungguhnya Aku berkat kepadamu, sehingga langit dan bumi lenyap, satu noktah atau satu titikpun sekali-kali tiada akan lenyap daripada hukum Taurat itu sampai semuanya telah jadi. Sebab barangsiapa yang merombak satu hukum yang terkecil di antara segala hukum ini dan mengajar demikian kepada orang, ialah yang disebut terkecil di dalam kerajaan syurga; tetapi barangsiapa yang menurut hukum dan mengajarkan dia, ialah yang akan disebut besar di dalam kerajaan syurga." (Injil - Perjanjian Baru, Matius 5:17-19).
"Karena bukannya orang yang mendengar bunyi Taurat yang benar kepada Allah, melainkan orang yang mengamalkan hukum Taurat itu akan dibenarkan." (Rum 2:13).
Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment