"Maka malaikat menyeru Zakaria itu ketika ia tengah sembahyang di mihrab, sesungguhnya Allah memberi khabar suka kepada engkau seorang anak namanya Yahya, yang membenarkan kalam Allah yakni Isa(Jesus Christ) menjadi ikutan, sangat enggan kepada perempuan, menjadi nabi dan masuk golongan orang-orang yang saleh." (Quran, Surah Ali Imran 3:39).
"Ingatlah! Ketika malaikat berkata, ya Mariam! Sesungguhnya Allah telah memberi khabar suka kepada engkau dengan kalamNya dengan seorang anak namanya Isa(Jesus Christ) anak Mariam yang mempunyai kebesaran di dunia dan di akhirat, sedang ia salah seorang daripada orang-orang yang dekat kepada Tuhan." (Quran, Surah Ali Imran 45).
"Maka Isa(Jesus Christ) menghampiri mereka itu, lalu bertutur kepada mereka itu, sabdanya: 'Bahawa segala kuasa dikurniakan kepadaKu, baik di syurga, baik di bumi ini.' (Injil, Matius 28:18).
"Maka sebab itu diberikan Tuhan sendiri suatu tanda alamat kepadamu kelak, bahawasanya anak dara itu akan mengandung dan beranakkan seorang laki-laki dan dinamanya akan dia Immanuel. Maka kepada Zion akan datang seorang penebus iaitu bagi segala orang dalam Yakub yang bertaubat daripada dosanya, demikianlah firman Tuhan." (Wasiat Lama, Yesaya 7:14 & Yesaya 59:20).
*** Cara nabi-nabi zaman dahulu membesarkan Isa(Jesus Christ) kerana Isa sendiri belum lahir.
"Hatta maka pada hari yang kedelapan dipanggil Musa akan Harun dan anak-anaknya dan segala orang tua Israel berhimpun. Maka katanya kepada Harun, ambillah akan dirimu seekor anak lembu untuk korban kerana dosa, dan seekor domba jantan untuk korban bakaran, yang tiada celanya; dan bawalah akan dia kehadapan hadirat Tuhan." (Imamat 9:1-2).
***Cara nabi-nabi zaman dulu membayangkan pengorbanan Isa(Jesus Christ) yang darahNya bercucuran di atas palang salib, dengan mengorbankan binatang).
Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment